STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL

Dr.Azimuth,Bioherbal,Gamatmaxx,Misai kucing,Rawatan Wajah Vitamin C,Bio-Aura

ddradamz

Anda mempunyai penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi? Dapatkan sampel percuma Teh Misai Kucing Dr.Azimuth Formula

Anda mempunyai penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi? Dapatkan sampel percuma Teh Misai Kucing Dr.Azimuth Formula

Di Bawah Program Ehsan Dr.Azimuthbioherbal, Stokis Setiawangsa berbesar hati dan sedang mencari pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit Kencing manis dan darah tinggi untuk mencuba produk Teh Misai kucing / Teh Misai Kucing Hempedu Bumi keluaran Dr.Azimuth Formula.

Peserta program ini perlu mengisi Borang Testimoni yang boleh didapati di pejabat stokis setiawangsa atau hubungi kami di 012-294 4040 untuk mendapatkan borang dan sampel teh misai kucing.

peserta akan dipantau oleh stokis dimana bacaan dan ujian kencing manis dan darah tinggi boleh dilakukan di pusat stokis dengan bayaran RM2 sekali ujian.

Insyallah para peserta akan mendapat perubahan pada tahap kesihatan dalam masa 7 hari dengan mengunakan produk kesihatan Dr.Azimuth Formula.

Ramai yang telah berpuashati dengan produk Dr.Azimuth dan ramai juga yang telah sembuh dari derita penyakit yang mereka tanggung untuk sekian lama.

selepas keadaan peserta bertambah baik, Testimoni akan di ambil bagi rekod dan simpanan Stokis Dr.AzimuthBioherbal untuk rujukan peserta lain dan secara otomatik peserta layak membeli produk-produk Dr.Azimuth dengan diskaun 30% bagi pembelian berikutnya.


INFO KESIHATAN

Penyakit Darah Tinggi

Apa dia tekanan darah ?

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.



Bagaimana tekanan darah diukur? Tekanan darah ada dua ukuran yang biasanya dirakam seperti berikut:

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.



Apa dia tekanan darah tinggi ?

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi.



Tekanan darah optima:

120 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi:

Lebih daripada 139 / 89 mmHg



Apakah akibat tekanan darah tinggi?

Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

* Serangan Jantung
* Angin Ahmar
* Kegagalan jantung
* Kerosakan buah pinggang

Jia tekanan darah anda optima 120 / 80 mmHg anda perlu mengawal tekanan darah anda dengan cara:

* Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;

- 2 kali setahun jika kadarnya normal

- lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.



* Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan:

- Garam

Garam berlebihan didalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan didalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah .

- Lemak

Lemak berlebihan akan terkumpul disekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

* Kekalkan berat badan unggul
* Bersenam secara berkala
* Elakkan pengambilan alcohol
* Tidak merokok



Sumber :Universiti Utara malaysia


PENYAKIT KENCING MANIS

Apa Dia Penyakit Kencing Manis

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.


PENYAKIT JANTUNG

Produk Kesihatan Dr.Azimuth di cadangkan >> GAMATMAXX


Keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan

laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.


Sumber: Jkn Kelantan

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.

Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh erteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut

* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang

Memastikan tekanan darah optima

* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol

Share 

Add a Comment

You need to be a member of STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL to add comments!

Join this social network

About

ddradamz ddradamz created this social network on Ning.

Create your own social network!

Events

Kenali Dr.Azimuth



Dr Aziz Azimuth, B.SC, M.sc, Ph.D (Holistic Nutrition), N.D. (Clayton, Alabama) adalah Biosaintis, Pakar Penjagaan Kulit dan Nutrisi Holistik. Ahli New York Academy of Sciences. Pengasas dan CEO Enterpreneurs Development Institute Sdn. Bhd. Pengasas Dr. Azimuth Bioherbal Research Centre. Pemegang Amanah Khalifah Institute Malaysia. Pengasas 'World Healing Trust'. Badan Amanah untuk memberi khidmat terapi herbalogi dan Modern Prophetic Healing Techniques.

Badge

Loading…

Birthdays

Birthdays Today

Music

Loading…

Chat Online Bersama Stokis

Latest Activity

Suriana and Siti Hasmahani Hasnan joined STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL
October 29
saya nak bli madu propolis ni. ada stok?
October 28
aminal hapedz bin abdul rahman is now a member of STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL
October 22
Zarita binti Ismail is now a member of STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL
October 21

Link RSS http://perkahwinan.ning.com

ddradamz added a discussion

ddradamz added a discussion
TUKANG URUT - MAK DAYANG URUT SELEPAS BERSALIN, URUTAN TRADISONAL, URUT WANITA? Jom jumpa Mak Dayang yang memang terkenal oleh penduduk sekitar keramat - setiawangsa. sesuai bagi ibu-ibu yang sedang berpantang dan memerlukan khidmat tukang urut...
Continue

© 2009   Created by ddradamz on Ning.   Create Your Own Social Network

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!