3 produk skincare terbaru dari Dr Azimuth Formula:-

Berita baik buat mereka yang menantikan keluaran sunblock
WATER BASED SUN BLOCK SPF 30
Water Based Sun Block SPF 30 Dr. Azimuth membantu untuk menghalang cahaya ultra ungu yang boleh menyebabkan kekeringan kulit, jeragat, kedut dan tua sebelum waktunya.
Dr. Azimuth Water Based Sun Block SPF30 diformulakan dengan kombinasi pelindung ultra ungu SPF 30 dan diperkukuhkan dengan Haematococcus Pluvialis untuk memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB serta meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok.
Sinaran UVA dan UVB ialah dua jenis sinaran ultra ungu yang memberi kesan negatif terhadap kulit.
Sinaran UVB biasanya hanya menebusi lapisan epidermis sahaja. Sinaran UVB yang keterlaluan boleh menyebabkan kesan terbakar yang teruk serta kesan kulit mengelupas. Pendedahan yang keterlaluan untuk jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan barah kulit. Selain itu UVB juga menggalakkan penghasilan melanin yang menyebabkan masalah pigmentasi pada kulit.
Sinaran UVA pula boleh menembusi ke lapisan epidermis yang mana terdapatnya tisu dan salur darah yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut sebelum waktunya.
UVA terdapat sepanjang tahun walaupun apabila cuaca mendung dan ia boleh menembusi cermin tingkap.
Maklumat Tambahan - RAMAI YANG TAK TAHU APA ITU SPF SEBENARNYA???
SPF
SPF ialah Sun Protection Factor menunjukkan berapa lama seseorang itu boleh terdedah kepada cahaya matahari sebelum kulit terbakar.
Contohnya :
Jika kulit seseorang akan terbakar dalam masa 12 minit jika tidak memakai sun block. Tetapi jika dia memakai sun block yang mempunyai SPF 30, maka 12 minit X SPF 30 maka kulit akan bertahan dari cahaya matahari selama 360 minit atau maksimum 6 jam.
Dengan syarat kulit tidak terkena pada air atau peluh. Jika sudah terdedah, Sun Block perlu di sapu semula.
DAPATKAN HARI INI JUGA!!
ACTUAL/PEK BESAR
HARGA JUALAN RUNCIT RM53
TRIAL/PEK KECIK
HARGA JUALAN RUNCIT RM14
COENZYMEQ10 (CoQ10)
Dr. Azimuth CoQ10 membantu meneutralkan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan. Secara biasanya, tubuh badan kita berupaya menghasilkan CoQ10 sendiri untuk menampung keperluan tubuh badan terhadapnya. Walau bagaimanapun, CoQ10 yang dihasilkan oleh tubuh badan kita semakin berkurangan terutama apabila seseorang telah berumur 30 tahun ke atas tetapi keperluan terhadapnya semakin meningkat.
Kekurangan menghasilkan CoQ10 menyebabkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen, elastin dan molekul kulit yang penting turut menurun. Penggunaan CoQ10 boleh meningkatkan pemulihan dan penghasilan kulit yang baru serta mengurangkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, CoQ10 mempunyai anti oksida yang boleh melawan radikal bebas dan memberi perlindungan yang berkesan terhadap UVA. Ia membantu melindungi pengeluaran kolagen dan elastin daripada terjejas disebabkan oleh radikal bebas dan seterusnya menghalang kedut daripada terjadi.
Dr. Azimuth CoQ10 diformulakan menggunakan teknologi nano dan diperkuatkan dengan Haematoccocus Pluvialis untuk melawan radikal bebas. Ia juga ditambah dengan Liposome untuk mengoptimumkan penyerapan CoQ10 oleh kulit.
DAPATKAN HARI INI JUGA!!
ACTUAL/PEK BESAR
HARGA JUALAN RUNCIT RM64
TRIAL/PEK KECIK
HARGA JUALAN RUNCIT RM15
SENSITIVE SKIN CLEANSER
Sensitive Skin Cleanser Dr. Azimuth dihasilkan oleh kombinasi surfactant yang lembut untuk membersihkan kulit dan kesan make-up tanpa mengganggu pH kulit dan kelembapan.
Sensitive Skin Cleanser Dr. Azimuth diformulakan sesuai untuk kulit yang sensitif.
ACTUAL/PEK BESAR
HARGA JUALAN RUNCIT RM40
TRIAL/PEK KECIK
HARGA JUALAN RUNCIT RM12
You need to be a member of STOKIS DR.AZIMUTH BIOHERBAL to add comments!
Join this Ning Network